Let's Exchange d Link!

Click me please...

Thursday, January 27, 2011

Encik GAJI---->Entri Apekah Ini?

Assalamualaikum WBT....

Hehehehe....Berkurun jugakla kan aku xmengupdate entry....SOOOO MALASSSS! Ada banyak kerja nak dibuat...ada banyak perkara yang nak difikirkan...kerja...thesis....hurmmmmm...

Nak bercerita kali ini, tentang pengurusan kewangan! Ramai dari kite-kite...xkirala yang belajar mahupun yang bekerja mahupun yang mendapat elaun bulanan....skill pengurusan kewangan adalah sangat penting bagi menjamin masa depan! Apa yang perlu dibeli? Berapa yang perlu disimpan? Apa yang perlu dibayar? Disara? keperluan? Kehendak? Sebenarnya....apa yang kita dapat (pendapatan) sememangnya mencukupi, tapi kebanyakan dari kite-kite berbelanja mengikut kemahuan yang melampaui batas kemampuan.

Ewah2...sedapnya bercakap...yang menulis ni pandai mengurus kewangan tidak? Hahaha! Jawapannya; TIDAK! Okey...aku stat keje officially bulan April 2010, sehingga sekarang dah Ogos 2011. Dah 16 bulan aku bekerja...dan hari ni, 14 Ogos 2011, akaun ASB-60ringgit! akaun bank pelbagai-belasan ringgit! dalam tabung yang aku simpan seringgit sehari dari 1 Januari 2011-Terselamat dari sebarang pengambilan!(tu pun nasibla dalam kau just ade duet syilling n duet singgit)

See....pengurusan kewangan aku sangat teruk...memangla semenjak keje dah banyak keperluan aku dah beli. Tapi...perlu ada simpanan kan. Kalau apa2 kes macammana? Hermmm...so...bulan ni, aku mesti belanja ikut bajet!

Nak tau macammana? Ade beberapa step yang aku kena setelkan...

  1. Kenal pasti jumlah semua hutang piutang, kecuali yang installment bulan2la...Untuk ...hutang2 ni termasukla pinjaman peribadi dari sesiapa, bil2 tertunggak, installment2 tertunggak, bil kad kredit n etc yang bukan sepatutnya kita byr regularly bulan2..Katekanla dah total2...jumlahnya RM4,000.00 = a..
  2. Lepas tu, tgk pulak gaji bulanan kita berapa....ini kire fixed income yang konfem dapat bulan2la....katekanla RM2,500.00 = x...
  3. Then, kite kirela pulak monthly installmnt and regular bills kite...cam contohnya umah, kete, bil letrik, astro, air, berukband, elaun ntuk pama (ibubapa la tu...), contingency budget (5% dr x), Saving (10% dr x), perbelanjaan bulanan, minyak kereta, tol, makan2 and etc2...(senaraikan sume jgn tggl satu pon!)...katekanla RM2,000.00 = y....(tapi ingat tau...sekiranya y>x...u've got to do something with either ur 'x' or ur 'y'....kalo 'y' terlebih...maknenye, kenela ade cara untuk mengurangkan si 'y' tu...contohnya terminatekan apa2 yang kurang perlu..reduce sket perbelanjaan peribadi ke...yang penting, 'y' perlu lebih kecil dr 'x'...kalau x...korang dalam big trouble!
  4. Then, sila hafal formula2 ni....
x - y = z
(RM2,500.00 - RM2,000.00 = RM500.00)

a / z = b (ini adalah bulan yang diperlukan untuk korang
setelkan hutang2 or 'a')
(RM4,000.00/RM500.00 = 8)

So, maknenye...selama 8 bulan gaji korang selepas korang start budget ni....gaji korg adalah

x - y - z = 0 (uhh..sedeh!!)

After 8 bulan...akan jadi macam ni...

x - y = z (so...si 'z' da boleh disimpan!weehoooo.....or if ada perancangan lain untuk si
'z'...seperti vacation, or nak beli handphone best, or nak make up kereta
bulehla dipertimbangkan..)

Dengan syarat, jangan menambah hutangan baru!belanjala ikut keperluan dan kemampuan (pesanan untuk diri sendiri jugak ni!!). Dan ingat...kad kredit bukanla duit anda....sile bayar semula bil kad kredit anda ok!

Selamat merancang perbelanjaan!!


0 comments:

Post a Comment