Let's Exchange d Link!

Click me please...

Thursday, November 25, 2010

~F.R.I.E.N.D.S~

FRIENDS...atau..tomodachi..atau...lebih tepat, sahabat...

Hehe..dah lama xupdate blog...xtau nak cite pasal ape kerana xde sebarang informasi menarik setakat ni. Hmm...furthermore...my mood is not in the pretty good shape. Hahaha..yess! I'm not in the mood! Ade few problems yang aku tengah facing of skg. Tempat keje hal tempat kejelah. Yang hal kat umah pun xpasal2 nak carik pasal. Hadoiila...Tapi..aku bukan nak cite pasal mood aku tu..aku nak cite pasal FRIENDS.

Kenapa FRIEND with S? Kerana selalunya seseorang manusia itu ada kawan lebih daripada seorang. Jarang kot kita jumpa yang dia ada kawan sorang jek. Dan aku punya personal view...sahabat..adalah anugerah. kita mungkin boleh dapat 1000 kawan..tapi dalam 1000 tu...mungkin xsampai 100 yang betul2 layak digelar sahabat. Seseorang yang mempunyai sahabat, bagi aku merupakan satu bonus dalam kehidupannya. Yelah, tanpa sebarang pertalian darah atau ikatan kekeluargaan, seorang sahabat mampu membantu sahabatnya dalam kesusahan. Kadang-kadang, bukan banyak pun, cuma menjadi pendengar setia dalam sesi luahan perasaan, pun buleh redakan perasaan sahabat yang bermasalah. Aku online2..aku terjumpa hadis ni..hmm...bacalah..

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya, “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”

  • Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

  • Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

  • Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.

  • Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

  • Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Ha...jadi..dah boleh spotcheck kawan2 korang..siapa yang dah boleh masuk senarai sahabat, dan siapa pula yang hanya kekal dalam list kawan kerana tiada ciri2 sahabat seperti di atas. Lagipun, pahala besar bagi seseorang mukmin, yang bersahabat dengan ikhlas dan membantu sahabatnya pun dengan ikhlas. ..Dan aku? Aku cuba menjadi sahabat, untuk semua kawan2 aku. Tapi...yelakan, aku still manusia biasa...yang xmampu nak memuaskan hati semua pihak. Tapi aku masih berharap aku dah berjaya menjadi SAHABAT kepada seseorang di luar sana!!

0 comments:

Post a Comment