Let's Exchange d Link!

Click me please...

Monday, December 31, 2012

After 7 years...2013 bring us together n never be apart again!

(haha..sape ade fb aku, tajuk tu aku kopipes status aku..)

Assalamualaikum dan Salam sejahtera!!

Mak aihhh...habuk wehhh...mak aihhhhh (lagik) bersawang kot. Perghhh..tahik lipas pon ado...

Hah..menggambarkan betapa lama aku xmenghupdate belog nih. Malasnye Ya Allah haiiii.... Aku macam agak sedikit tensi dengan netbook yang berscreen cumel tu..

Makanya azam 2013 adelah membeli ultrabook..kah?? 

Danggg!!! Xperlu okeh...sebab sekarang cekpaes saye dah pulang ke pangkuan dengan pc beliau yang lagi best dr ultrabook (hukhuk..tapi ultrabook memang lagi best..T_T). So tak perlu berazam tahun baru dengan ultrabook... Sepulangnya cekpaes saye ke pngkuan saye... So, aku mengdeclarekan azam aku seperti dibawah:-

"Semoga berjaya menjadi isteri yang menyenangkan kepada Cekpaes Tersayang..."

Hurrrmm...nampak simple kan? 'isteri menyenangkan'... Tapi, ape maksud 'isteri menyenangkan' tu?

Kami dah 4 bulan berkahwin, setahun 3 bulan bertunang dan 6 tahun berkapel = 7 tahun 2 bulan perhubungan.

Adekah perhubungan 7 tahun ni menjamin aku dan cekpaes memahami luar dan dalam seterusnya memudahkan perjalanan awal perkahwinan kami?

Haha... Jawapannya TAK!

Life after marriage, is not beautiful and peaceful as in your dream. But you the one who needs to struggle to ensure the so called marriage-life beautiful and peaceful. To achieve that target, you need to pay with compromise. Simple term - Marriage is Compromise

Mana aku dapat nih? aku tibai type sendiri..tapi kite memang selalu dengar..and its the real thing!

Setakat 4 bulan ni, kami hidup berjauhan sebenarnya. Cekpaes keje kat hometown aku-Manjung. Aku pulak keje kat Shah Alam. So, every weekend, either aku balik Manjung or cekpaes balik sini. Start January 2013, beliau masuk hq semula kat PJ, dan dikhabarkan akan di postingkan ke site area KL@Selangor.

Alhamdulillah... Setelah 7 tahun lebih kami ber'PJJ' (perhubungan jarak jauh), berkat kesabaran Allah dah dekatkan kami seawal 4 bulan lepas kahwin.

But... That's also mean that aku da xbleh berlakon kunun-kunun bujang di hari weekdays. Aku kena menjalankan tugas-tugas yang besenye isteri-isteri laen buat. Uishhhh... Dah lame dah aku seram pasal bende ni. Cume cekpaes xduduk ngan aku lagik, so aku melepak 'miawmiaw' lagila kan. Tapi, kali ni cekpaes betul-betul dah pindah sini. And, die dah pesan kalau boleh nak ada sarapan setiap pagi. Hahahaha....tula cabaran terbesar aku rase.

Tu baru satu.... Ade multi-task lagi yang seorang isteri kena laksanakan kan? Ohhh...bestnya kalo ada robot pembantu rumah (bile jepun nak cipta hah?) Ini barulah berkehidupan berdua. Nanti-nanti kalau dah bertiga, berempat and so on... Uishhh, memang kene  rajenla kan kalo jadik mak orang. Teringat mak aku dok berleter sebelum2 ni..

'Buat gheja lembap-lembap, kalo ada anak, pakai xmakanla anak hang nanti!'

Jangan xtau kami bercakap utara (yang macam dah tercemar) kat umah. So, bile mak aku berleter, perghh memang pedas2la. Tu kire yang paling dah kena tapis tuh (haha..rindu pulak kat mak). Hurmmm... betul kata mak aku tu, at this state kalo ada anak, memanggg x makan anak aku.

Tu satu hal... Ada lagi hal lain. Selera tekak aku & cekpaes..... definitely different!!!

OMG...... Aku betul-betul tak sangka benda ni. Selama ni makan kat luar, aku xdela rasa sangat. Bila kadang-kadang aku masakkan ntuk cekpaes, mestila aku masakkan benda-benda yang konfem dia makan. Bila dah serumah, banyaknya la benda yang aku suke makan die xsuka makan... T_T

Aku suka asam pedas, dia xsuka. Aku suka makan benda-benda mee (cam laksa, meehoon sup, kuetiaw etc) dia xsuka. Kalo buat, kena ada nasik jugak. Pendek kata, menu harian MESTI nasik. Sarapan pon nasik. Huhu... aku dahla kantoi sket bab sarapan. Takkan hari-hari nak masak nasi lemak-nasi goreng. Semingu maula die hadap. Kalo setahun..iskk...

Furthermore, di samping menyediakan makanan & minuman ikut selera suami, isteri juga kena pastikan makanan&minuman yang disediakan seimbang n sihat. So, kenala guna kepandaian sendiri nak makesure dia makan dalam masa yang sama dia suka.

Ini baru antara few benda dari banyakkkk lagi benda yang aku n cekpaes akan explore dalam masa setahun kawen ni. Kebanyakan senpai2 (kawan-kawan yang da kawen lame) kate setahun awal kawenla paling kerap gaduh. Transition zone...masing-masing kena synchronize kan life style dengan pihak satu lagi. Semua orang dibesarkan dengan cara berlainan dalam keluarga masing-masing kan? Hopefully aku and cekpaes berjaya melepasi transition zone ni. Tak banyak yang aku harapkan, cukupla sekadar dapat jadi isteri yang menyenangkan untuk beliau...


Senang cite... Jadi isteri yang menyenangkan adalah task yang susah!

Hurmm... Tapi, Cekpaes, saya tetap akan berusaha! Chayok2!

He..b2b yang bakal hadapi bende ni... Jangan risau.. kompromi+rasional, insyaAllah dapat lepasi dugaan pertama ni. And aku discover something, your relationship is just begin when u step into marriage. Segala keserasian yang dirasai masa berkapel tu, not a real thing actually. So, be prepared ya!

Adios!

0 comments:

Post a Comment