Let's Exchange d Link!

Click me please...

Friday, July 13, 2012

Ke Hadapan Yang Dicintai dan Yang Disayangi

Ke hadapan Yang Dicintai....

55 hari lagi kita bakal melangkah ke alam yang tentunya berbeda dari sekarang. Kau akan memikul tanggungjawab ke atas ku daripada Yang Disayangi. Justeru kuharap, kau dapat mencintai dan menyayangiku kalaupun tak lebih, sama seperti Yang Disayangi menyayangku selama aku muncul di dunia ini. Aku tak pasti bagaimana cabaran dan badai yang harus ditempuhi. Namun, adalah besar harapanku agar kau dapat membahagiakan dan membimbingku, menjadi imam solatku, membina keluarga bahagia bersamaku selain menghargaiku seadanya selama hayatku. Berjanji menjadi yang terbaik untukmu, inilah tekadku sebaik kita memeterai janji 6 tahun dahulu. Ku tahu, begitu banyak kelemahanku, yang pastinya bakal menguji kesabaranmu. Tapi, inilah aku. Aku yang kau telah tetapkan untuk menjadi suri hatimu. Aku yang tidak sempurna, namun akan kucuba menjadi yang paling sempurna dimatamu. Semoga apa yang direncanakan diberkati Allah SWT...

Ke hadapan Yang Disayangi...

55 hari lagi kau bakal melepaskan tanggungjawabmu ke atasku. Menyerahkanku kepada Yang Dicintai, yang mana ku tahu adalah besar harapanmu agar Yang Dicintai berupaya memikul tanggungjawab tersebut secemerlang yang telah kau usahakan. Sesungguhnya, sayu hati ini bila memikirkan aku bukan lagi di bawah jagaanmu nanti. Ku tahu, kau jua berkongsikan rasa yang sama. Meskipun tidak terlahir dibibir, namun terzahir di raut wajah dan kiasan kata-katamu. Sungguh aku sedih! Pada masa ketika ini, pastinya aku lebih lebih dan lebih menyayangimu berbanding yang dicintai. Namun, lumrah kehidupan manusia terpaksa kutempuhi jua. Dia Yang Dicintai, telah kupilih sebaiknya, agar dapat menjaga amanatmu ini sebaik yang telah kau jaga. Meskipun tanggungjawab telah beralih hak, kau tetap yang paling kusayangi, kata-katamu tetap menjadi panduan hidupku bagiku melayari bahtera kehidupan bersama yang dicintai.

Dia Yang Dicintai, Abang
Dia Yang Disayangi, Abah

P/s:Tetibe lak terpk bende ni n rasa sayu menjengah di hati...:(

6 comments:

Nurul Izayani said...

alamak touching la xue!!

xuelia said...

hahahaha..jiwang di pagi sabtu. Gue rase mase akad nikah nnt sure 'ujan' turun dengan lebatnye.huhu....

❤Mrs. Myra❤ said...

sebak..>_<

Mr and Ms bOZhiCkA said...

sedehnye baca.. :'( anyway, I also bride to be from sarawak..salam perkenalan and jgn malu2 lawat blog saya bojailuvicka.blogspot.com..saya dah follow awak.. follow me back :-D

Unknown said...

waaaaaaaah, sayu baca. dah jadi isteri nanti jgn lupa family ye hehe :)

xuelia said...

he..harap x lupe...

Post a Comment