Let's Exchange d Link!

Click me please...

Saturday, October 3, 2015

Its Been 10 Years and Counting...

It has been 10 years and counting (Alhamdulillah & InsyaAllah).

Aku tak ingat, tapi dia ingat. Exactly 12am semalam (or shall I said tadi?) my husband said 'Eh, annivesary couple kite!'. Hehe...so sweet of him even though no celebration prepared. And siap lupa how many years he's been through with me pulak tu. Grrrrr. Dia kata 9 years. Its actually 10 years lah Abang.. 4th Oct 2005 - 4th Oct 2015 (and counting insyaAllah)

Reminiscing the moment we're declaring our relationship...

I'm accept him into my life hesitantly. Yes HESITANTLY. Why? Aku bukan jenis mudah percaya orang. Believe me. Sepanjang kehidupan aku, only few people yang aku betul-betul trust. Aku pernah kena tipu with so called bff, since that aku memang susah nak simply put my trust to any people. Even aku masa start kerja dengan bos aku (chinese) pon aku dalam cautious mood takut cina ni jual aku.-Feeling funny? Yes u can laugh out loud. I am that type of person.

So, when I'm deciding to accept him, few thoughts came into my mind

Dia ni betul ke nak ke aku?
Ke dia ada betting ngan kawan-kawan dia kalau aku accept dia menang or so on (Ok ini kelakar. Masa tu gila novel Ahadiat Akasyah so...err...otak aku boleh ek pikir macam ni??)
Ikhlas ke dia ni?
Ke just saja-saja nak mainkan aku?

Tapi, aku serahkan semua kepada Allah.

If this relationship last long, Alhamdulillah.
If dia berniat nak main-main je, I'll show him my good side until dia yang x boleh lepas aku.
If putus ditengah jalan, maknanya kami tiada jodoh.

With that, we officially couple. Getting engaged on 28th May 2011. Solemnization on 7th Sept 2012.

Alhamdulillah Allah will us to living happily ever after.

Saya nak tua dengan dia
Harungi dunia ini bersama dia
Di akhirat juga bersama dia.

I love him. I love him. I love him.

Terima kasih Allah.


Thursday, June 27, 2013

Kamu Sedang Mendidik 'Imam Syafie' ATAU 'Abu Jahal'?

Assalmualaikum wbt pembaca-pembaca sekalian...

Omakaihhhh...Tajuk dakwah? Aku ke yang berdakwah? Masih cetek ilmu ni untuk aku berdakwah, tapi mungkin cebisan kata dan rasa ni dapat menjadi secebis panduan untuk kitakita sebagai ibubapa atau bakal ibubapa (Nope..I am not pregnant yet..sume orang akan mahu jadi ibubapa bukan? Jangan salah faham yek..hehe)

Last wednesday, dengar ceramah Reset Minda Prof Muhaya... (sesejak da ade Maya HD...mlm2 bosan xd cite best kat Maya HD selalu letak ceramah Prof Muhaya xpon Ustaz Kazim. Bagusla jugak untuk si jahil macam aku menambah makanan rohani)

Tertarik dengan satu statement Prof, adakah anda sebenarnya sedang mendidik Abu Jahal di rumah anda? Sepatutnya anda mendidik Imam Syafie. Jika Abu Jahal yang anda didik, bila si 'Abu Jahal' mendatangkan masalah kemudian hari, baru nak panggil anak jahatlah, anak derhakalah..waktu tu dah terlalu lambat. Melentur buluh biar dari rebungnya (ni aku tambah..haha).

Hmm...kebetulan pulak, aku baru terbaca komen kawan aku, di status kawannya:-

Status A: 'Mengatekan yang dia dapat tahu dia pregnant (Alhamdulillah untuk beliau)
(kawan aku) B : bagusla! Nanti boleh suruh anak aku pukul-pukul anak kau! Ko tahu, haritu masa aku balik, ade baby cousin aku, aku suruh die pukul budak tu, die ikut! die cubit2, tampar, tendang2..ganas x anak aku? hahahaha


(For readers information, her baby around 1-2 years.) 

Maka bila dengar kata-kata Prof tu, terus aku ter'relate'kan dengan komen kawan aku tu. Mungkin anaknya baru sebesar 2 tahun. Budak 2 tahun, apa dia buat, semua nampak comel...betul? But what if at 6 years, he still in that behaviour? in 16 years? in 36 years? (mungkin mase ni die xpukul orang, but he might grown up as person yang tak tahu how to respect other people..get it?

Siapa anak kita di masa hadapan, kita yang menentukannya hari ini. Dari umur seawal 1 tahun, minda anak tersebut dah mula terbentuk. minda yang terbentuk akan membentuk attitude. Bila dah jadi attitude, mungkin susah nak diubah melainkan ada kesedaran dan keinsafan dalam diri sendiri. Anda rasa mungkin dah salah mendidik anak selama ni? Prof kata, belum terlambat. Minta ampun pada Allah, pada suami/isteri dan pada anak itu sendiri. Mulakan cara didikan yang betul secepat mungkin.

Kalau kamu mendidik Abu Jahal, jangan ditanya kalau tua-tua nanti dia berkurang ajar dengan kamu. Tidak mampu menjaga kamu. Melebih-lebihkan isterinya dari kamu. Nauzubillah...
Semoga kita juga menjadi 'Imam Syafie' terhadap ibubapa dan mertua kita.

Sekian tazkirah Jumaat... Yang baikbaik datang daripada Allah, yang buruk dari saya sendiri...

Monday, December 31, 2012

After 7 years...2013 bring us together n never be apart again!

(haha..sape ade fb aku, tajuk tu aku kopipes status aku..)

Assalamualaikum dan Salam sejahtera!!

Mak aihhh...habuk wehhh...mak aihhhhh (lagik) bersawang kot. Perghhh..tahik lipas pon ado...

Hah..menggambarkan betapa lama aku xmenghupdate belog nih. Malasnye Ya Allah haiiii.... Aku macam agak sedikit tensi dengan netbook yang berscreen cumel tu..

Makanya azam 2013 adelah membeli ultrabook..kah?? 

Danggg!!! Xperlu okeh...sebab sekarang cekpaes saye dah pulang ke pangkuan dengan pc beliau yang lagi best dr ultrabook (hukhuk..tapi ultrabook memang lagi best..T_T). So tak perlu berazam tahun baru dengan ultrabook... Sepulangnya cekpaes saye ke pngkuan saye... So, aku mengdeclarekan azam aku seperti dibawah:-

"Semoga berjaya menjadi isteri yang menyenangkan kepada Cekpaes Tersayang..."

Hurrrmm...nampak simple kan? 'isteri menyenangkan'... Tapi, ape maksud 'isteri menyenangkan' tu?

Kami dah 4 bulan berkahwin, setahun 3 bulan bertunang dan 6 tahun berkapel = 7 tahun 2 bulan perhubungan.

Adekah perhubungan 7 tahun ni menjamin aku dan cekpaes memahami luar dan dalam seterusnya memudahkan perjalanan awal perkahwinan kami?

Haha... Jawapannya TAK!

Life after marriage, is not beautiful and peaceful as in your dream. But you the one who needs to struggle to ensure the so called marriage-life beautiful and peaceful. To achieve that target, you need to pay with compromise. Simple term - Marriage is Compromise

Mana aku dapat nih? aku tibai type sendiri..tapi kite memang selalu dengar..and its the real thing!

Setakat 4 bulan ni, kami hidup berjauhan sebenarnya. Cekpaes keje kat hometown aku-Manjung. Aku pulak keje kat Shah Alam. So, every weekend, either aku balik Manjung or cekpaes balik sini. Start January 2013, beliau masuk hq semula kat PJ, dan dikhabarkan akan di postingkan ke site area KL@Selangor.

Alhamdulillah... Setelah 7 tahun lebih kami ber'PJJ' (perhubungan jarak jauh), berkat kesabaran Allah dah dekatkan kami seawal 4 bulan lepas kahwin.

But... That's also mean that aku da xbleh berlakon kunun-kunun bujang di hari weekdays. Aku kena menjalankan tugas-tugas yang besenye isteri-isteri laen buat. Uishhhh... Dah lame dah aku seram pasal bende ni. Cume cekpaes xduduk ngan aku lagik, so aku melepak 'miawmiaw' lagila kan. Tapi, kali ni cekpaes betul-betul dah pindah sini. And, die dah pesan kalau boleh nak ada sarapan setiap pagi. Hahahaha....tula cabaran terbesar aku rase.

Tu baru satu.... Ade multi-task lagi yang seorang isteri kena laksanakan kan? Ohhh...bestnya kalo ada robot pembantu rumah (bile jepun nak cipta hah?) Ini barulah berkehidupan berdua. Nanti-nanti kalau dah bertiga, berempat and so on... Uishhh, memang kene  rajenla kan kalo jadik mak orang. Teringat mak aku dok berleter sebelum2 ni..

'Buat gheja lembap-lembap, kalo ada anak, pakai xmakanla anak hang nanti!'

Jangan xtau kami bercakap utara (yang macam dah tercemar) kat umah. So, bile mak aku berleter, perghh memang pedas2la. Tu kire yang paling dah kena tapis tuh (haha..rindu pulak kat mak). Hurmmm... betul kata mak aku tu, at this state kalo ada anak, memanggg x makan anak aku.

Tu satu hal... Ada lagi hal lain. Selera tekak aku & cekpaes..... definitely different!!!

OMG...... Aku betul-betul tak sangka benda ni. Selama ni makan kat luar, aku xdela rasa sangat. Bila kadang-kadang aku masakkan ntuk cekpaes, mestila aku masakkan benda-benda yang konfem dia makan. Bila dah serumah, banyaknya la benda yang aku suke makan die xsuka makan... T_T

Aku suka asam pedas, dia xsuka. Aku suka makan benda-benda mee (cam laksa, meehoon sup, kuetiaw etc) dia xsuka. Kalo buat, kena ada nasik jugak. Pendek kata, menu harian MESTI nasik. Sarapan pon nasik. Huhu... aku dahla kantoi sket bab sarapan. Takkan hari-hari nak masak nasi lemak-nasi goreng. Semingu maula die hadap. Kalo setahun..iskk...

Furthermore, di samping menyediakan makanan & minuman ikut selera suami, isteri juga kena pastikan makanan&minuman yang disediakan seimbang n sihat. So, kenala guna kepandaian sendiri nak makesure dia makan dalam masa yang sama dia suka.

Ini baru antara few benda dari banyakkkk lagi benda yang aku n cekpaes akan explore dalam masa setahun kawen ni. Kebanyakan senpai2 (kawan-kawan yang da kawen lame) kate setahun awal kawenla paling kerap gaduh. Transition zone...masing-masing kena synchronize kan life style dengan pihak satu lagi. Semua orang dibesarkan dengan cara berlainan dalam keluarga masing-masing kan? Hopefully aku and cekpaes berjaya melepasi transition zone ni. Tak banyak yang aku harapkan, cukupla sekadar dapat jadi isteri yang menyenangkan untuk beliau...


Senang cite... Jadi isteri yang menyenangkan adalah task yang susah!

Hurmm... Tapi, Cekpaes, saya tetap akan berusaha! Chayok2!

He..b2b yang bakal hadapi bende ni... Jangan risau.. kompromi+rasional, insyaAllah dapat lepasi dugaan pertama ni. And aku discover something, your relationship is just begin when u step into marriage. Segala keserasian yang dirasai masa berkapel tu, not a real thing actually. So, be prepared ya!

Adios!

Tuesday, October 16, 2012

RENT ITEM - Kain Bulu (Off-White)

Dingdong!!!

Haha... Nak bukak kedai dah!

Tadaaaaaa.... Kain Bulu or its other name.. 'Fox Hair'...


Warna - Putih Pearl/Off White
Ukuran - 2.5m x 1.8m

Harga Sewa - RM40 + Deposit Keselamatan (RM30, dikembalikan sebaik sahaja barang dipulangkan)

Interested? He...email me!

xaccollection@gmail.com (Attn: Zue)

Other View!

Another View!

Another View!!

 ______________________________


Kain ni aku guna untuk buat alas mini pelamin nikah aritu..then cum my lil bro punye alas pelamin berendoi. Huhu, sayangla kan beli mahal tapi xpakai. Ada cadangan nak wat sarung bantal. Tapi..arghhh...it's so luffy i'm gonna die!!!

Haha..must well sewakan kat b2b len untuk wat alas pelamin tunang/nikah/sanding...etc as u wish! Boleh jugak nak buat alas untuk susun hantaran..or anything y korang rase nak wat lah!

Kebaikan? Harusla menjimatkan kos berbanding beli! Hehe...i mantan b2b u noe... So, sangat nak save every single cent-faham!

Cakap banyak plak dah...huhu...

Nak contact tau! Adios!




Monday, October 1, 2012

Life After Married + Pengstrukturan Semula Kehidupan

Huh...tajuk tanak sastera kan?

Haha...yela...orang cite-cite pasal kehidupan lepas kawen...aku nak gak share ngan uolllsss... Dah kawen tu, harusla ada pengstrukturan semula kehidupan...dulu sorang skarang berdueee...bak kate SM Salim..hahaha...

Ok...almost akan tanya aku...'best ke da kawen?'

Hahah...nak je aku jawab...'TAK BEST!'

Hoh...dah kenape??? Kami PJJ=Perkahwinan Jarak Jauh

Huhu..seksa gile dowh...sape rase taula...

Aku ngan cekpaes dah lame macam ni (Err...incik abang..saye tau incik abang selalu stalking blog saye...xpe kan saye namekan incik abang=cekpaes..hehe..mcm best n cumil name tu..leh kan??). Dari seawal kitorang kapel...sampai bertunang..sampai dah kawen neh memang pjj. Kalau ye pun dapat dekat, xlame manela...dalam 3 bulan macam tu dah jauh semula. Dahla cekpaes keje site basis. Bergantung ke mana company nak hantar, kat situla dia. Sekarang luckily kt my hometown=Manjung, Perak. So 2 minggu sekalila aku balik kampung, and 2 minggu sekali jugak beliau balik klang.

So, ini dah minggu ke empat kami kawen..(yeay!!). Dah 3 minggu berturut2 aku n cekpaes berulang-alik manjung-klang. Huhu, kalau dulu mase kapel/tunang, harusla rindu...tapi rindu die xsame. Rindu mase da kawen neh buleh bikin nanges tahu.....huaaaaa....saye nk somi saye...huaaaaaa!!!!! (ok..shadap!) Tula bile orang tanye..nak je aku jawab 'tak besttt!!! sebab kene pjj ngan cekpaes saye...iskisk...'

Rumah? Haha...aku memang menyewa sendiri dah 2 tahun. So barang-barang asas tu dah adala... Barang asas aku? Washing machine (ni wajib gila priority tahap 1 mesti ada dalam rumah), peti ais (minibar je..tu pun aku beli mase kat utm dulu lagik) n astro (ni masuk2 umah trus order...hahah). Hmm....cukupla nak idup! Pakaian, makanan n entertainment, cukup! So, x macam 'shock' sangatla untuk preparation rumah. Cekpaes sekarang sedang melengkapkan perabot2 penting. Sebulan beli satu barang, lame2 lengkapla!

Ape yang best lepas kawen? Haha...tido ade bantal peluk! Papoy yang cekpaes adiahkan 2 tahun lepas ntah kat mane2 kalo cekpaes balik...kalo x, papoy tula aku lenjan mase tido..huhu..(papoy adelah softoy berbulu dengan diameter perut 2 kali ganda aku..hahaha). Then, sewa rumah cekpaes bayarkan! Tanggungjawab katenye...luv u cekpaes! Sebelum balik, mesti belikan aku makanan sikit2...hehe..best2! Kalo dulu jaga diri sendiri...sekarang ade orang jaga...chewwwahhhh!!! Pastu bile kuar jalan-jalan@dating, leh pegang tangan sukasukahati! Haha..kalo ade orang nak jeling jeluat sampai terjojol bijik mata pon gua pedulik hape...kami dah halal! Hehe...best sangat! (yela...baru2 kawen nih..muke lom transform jadi makcik+pakcik lagi..mesti orang ingat budak2 kapel tp memiang..padahal da kawen...tu yang best tu!)

Pengstrukturan semula kehidupan? Haha...ini belum full...sebab kami xbetul2 duduk same lagi. So...lehla aku bermalas-malassssaaann... Huh..teruk-teruk..haha. Tapi, bile ada baju lelaki lam basket baju kotor aku...(em..pelik..) bila kena sidai baju2 cekpaes yang aku dah bese nampak mase sebelum kawen dulu..(haha...pun rasa awkward). Berdua dengan seorang lelaki yang sepatutnya xbleh berdua dalam sebuah umah...Haha...aku penah menjerit kuat sebab terkejut kat die. Ada banyakkk lagila. Ni belum duduk sama neh...da duduk sama lagila banyak nanti. So, 1st skali, kene less malas, more rajin. Less tido..haha. Kene ubah perangai tido mati..isy2...nanti jadi mak yang teruk aku neh kalo stick dengan perangai tido mati ni...n blablabla...(xkan nak reveal cni kan..kantoila perangai busuk aku...haha)

Tapi, campur tolak bahagi darab...Life after married....LAGI BEST!! So, kepada yang belum ada niat nak kawen..cepatla2 pasang niat & kawen! Bestla...serius best! Adios!

P/s: B2B....stay tune! Ada a lot of things nak share ngan uollsss...Wedding review..props to rent/sell...wait 4 me ya!! (Antara items nak rent (kain bulubulu-offwhite, pahar-ceramic,silver, payung jepun-pink,paper lantern-multi size&colors, white calla lily artificial hb, mix white lili+pink roses+orchid artificial hb, white deco box with mirror-1'x1',etc...siape2 nak awal leh email dulu ke xuelia_owen@yahoo.com)

Wednesday, September 19, 2012

Alkisah Kakitangan Awam...

Haha..ramai yang membulatkan mata dengan tajuk entry aku kali ni? Kalo dapat bertahan membaca luahan seorang pekerja swasta tentang perihal kakitangan awam, bacalah sampai habis. Semoga dapat menjadi pedoman kita. Kepada yang tak dapat bertahan tu, dinasihatkan jangan baca!

Apa yang aku nak cerita ni, kisah benar yang aku sendiri alami dan hadapi. Bukan pendapat atau omong kosong semata.

Meh aku story sikit pasal background keje aku;

Aku adalah seorang perancang bandar (town planner) yang currently bekerja kat salah satu consultancy firm di Shah Alam. Scope of work aku, let say a client nak wat perumahan atas sebidang tanah...tugas aku adalah, sediakan layout design, prepare document n all the submission procedure to authority. Disinila aku mula mengenal kakitangan awam sebab planning submission memerlukan kelulusan dari setiap agency (jps,jpbd,jkr,jas...etc2). So senang cite, bukan setakat jabatan perancang kat Majlis2, yang kat agency len pun kena hadap sebab nak follow up (untuk mempercepatkan proses). Kat sinila aku kenal rentak kerja kakitangan awam, dan belajar macammana nak tackle dorang supaya dorang leh tolong aku mudahkan kerja aku. Dengan cara yang bersih tau!

Hm...so, apa yang aku nak cerita ni, tentang sorang kakitangan awam yang tidak mengamalkan cara kerja yang bersih. He is Mr Z, daripada salah satu Majlis Bandaraya dalam Selangor. Jabatan Perancangla of course! The unlucky me, terpaksa handle this authority, and ada beberapa site aku dalam kawasan jagaan si Z ni. Z ni bukan orang besar pun, cuma technician je. Tapi, kalo korang faham format kerja government, technician adalah orang yang mengerakkan perjalanan file sesuatu projek (kalo dalam konteks planningla). So, kalo dorang wat kerja, cepatla. Kalo xwat..lambatla. Si Z ni pulak adalah type gov servant yang kuat mengular. 10 kali aku pegi nak jumpa, 5 kali belum tentu dia ada kat tempat dia. Selalu jawapan orang-orang kat tepi meja dia...'ntahla si Z ni, tadi ade, g mane ntah'..haha...da bese...

Waktu first projek aku ngan si Z ni, aku tau die ada dapat something. Tapi that time aku terlalu baru kerja, so macam faham xfaham sangat ngan corruption ni. 2nd project aku kat area si Z. Kebetulan owner desperate nak endorse cepat sebab die da lock agreement ngan tenant. So arkitek (yang kebetulan kawan si Z ni masa study) cuba coutimm ngan si Z ni supaya leh cepatkan perjalanan file tu. Tau berapa si Z tu mintak? 5k! Arktek ni mintak discount, die leh bagi 2k je sebab kitorang consultant ni bukan dapat banyak mane pun fee..huhu.. So peringkat nak meeting, okla. Cepat je die masukkan file tu ke OSC meeting. Xsampai 2 minggu submit dah masuk meeting. Bila masa nak endorse...dia mintak lagi ngan kawan dia si arkitek tu. Tau dia mintak brape? 20k! Hah...bos aku punya quotation kat client pon xsampai 20k..Kau da makan 2k, ko bleh mintak lagi 20k?? Pastu nak bangge2 ngan aku die baru kuar Swift. Perghh...menyampah gile aku.Aku cume balas 'Duet banyak...blehla..'. Patutla perot ko buncit...makan duet haram rupenye. Masa dia mintak 20k tu, bos aku tunjuk msg dari arkitek tu kat aku. Aku tau die 'makan', tapi aku xsangke die sanggup mintak sebanyak ni. Sampai client aku y memang billionaire tu pon rasa macam bengang ngan si Z tu. Sampai client tanya sape si Z tu sampaikan ada kuasa untuk block file. Xpasal2 si technician tu jadi hot topic kitorang sekejap.

Sakit ati punye pasal, arkitek tu xbagi die pape, trus deal ngan pegawai atas die. Haha..pegawai die pun 'makan' jugak...tapi at least 3k jela. Tapi memang lambat ah file tu jalan even da coutim ngan pegawai die. Si Z tu yang control file..bile follow up pegawai, die just leh cakap file xsampai tangan die lg. Si Z tu memang melampau gile. Seorang lelaki, Islam, dah kawen, ada anak...ko bagi anakbini ko makan duit haram tu...ko rasa anak ko leh success ke dalam life dia? Ko rasa cukup berkat ke kehidupan ko?? Ntah2 bini xtau pon ntah duit ape ko angkut bawak balik, tau2 sedap je umah cantik kete mahal...padahal technician je, yang suppose gaji lagi sikit dari aku yang degree nih tapi hidup lagi mewah dari aku. Memang aku jijik gile r ngan si Z ni pas aku tau pasal bende ni. Aku rase benci gile tgk muke die. Lagi benci bile aku kene hadap muke die dgn muke baik2 sbb nak follow up projek aku punye pasal.

Kebencian tu...mengundang bencana sikitla... Haha..

Ada satu stage before meeting,  kitorang kena bawak technical assistant (ta) n technician pegi site visit. So that day, aku bawa ta-Pn H n technician die Pn S pegi site. Ada 5 site, and aku nak bawak dorang lunch. Ni bos aku yang syaratkan. Bila bawak orang kuar, bawak makan, make friends. Pada aku, aku xrasa salah polisi ni. Belanja makan...kita alwayz belanja makan sesapa kan. Dengan belanja makan meman leh create relationship. Tp, alkisahnya, Pn berdue ni takut...so ajak aku makan kat area yang 'selamat' sikit. Aku ni, bermulut agak tempayan haritu, mengomel..

Aku : belanja makan je kot..tu pun kedai bese, xkan dorang nak tangkap kak? Ade yang betul2 mintak..tak pulak ditangkapnye.

Pn H : Mintak ape?

Aku : Mintak ape? Haha..duitla kak..ape lagi..(buat2 xpaham plak Pn H ni)

Pn H : Eh yeke? Adeke yang macam tu? (huaa...Pn H memang betul2 xtau ke??)

Aku : Adela kak..Sy punye projek sendiri kena...banyak plak tu mintak..banyak n banyak kali! (Haha...macam nak btau kat Pn H aku taula..jgn ingat aku budak yang xtau pape!)

Pn H : Iye ek? berani ek dorang...sape yang mintak tu (hm...Pn H memang innocence rupenye..)

Aku : Ala...si Z...(huh..yakin memang Pn H xtau pape!) Tapi janganla cite kat sape2. (pesanan selepas bergosip..hahah)

Pn S, senyap dibelakang xkate pape. Pn H pun turut senyap xsambung pape dah isu tu. Aku pun senyap jela..macam perasan ada awkward disitu...tp aku ignorekan.

Petangnya, si Z call aku..

'Zue, awak ada sitevisit ngan Pn H pagi tadi kan?'

'ye..knape'

'ape awak cite pasal saye?'

'aa? xd pape' (aiiiii...sape yang bermulut tempayan nih??

'sy tau ape yang awak ckp...baik awak ngaku je'

'ape y sy ckp?'

'awak kate sy ade 'makan besar' kan?'

'ha'ah...btulkan masalahnye?'

'awak xtau cite, jgn pandai2 cite kt org. Awak tau Pn H tu sape?'

'So, skg nk sy watpe?' (malas aku nak gado ngan si Z ni...)

'Sy nak awak bersihkan semula nama sy kat Pn H...Cakap yang ape yang awak cakap tadi tu xbetul, awak salah faham'

'hm..yela. Tgkla cane'

'Cakap tau..sok sy call lagi'

Demmm....sape yang mulut tempayan?? Aku xsyak orang len melainkan Pn S..Demm ah si S.... Macam xd mukela kejapkan. Pernah rasa x perasaan kantoi mengumpat? Haha...tula bencana kebencian aku tuh. Aku citela kat ofismate aku. Die cakap 'watpe ko nak takut? Die yang wat mende salah, bukan ko. Kalo aku, aku wat bodo je...'

Itula yang aku wat...wat bodo je! Keesokannye die call, tanya, aku cakap je yang aku da btau. Padahal aku xcakap pape pun kat Pn H...haha...

Lusanya aku kne pg ofis dia. Aku siap tayang2 muka depan si S mulut tempayan tu...malang jugak sbb berselisih ngan si Z tu...Si Z tu just wat senyuman plastic masa aku selisih ngan dia. Weekendnya, aku dapat 1 msg, dari number si Z, tp seems like msg dari bini dia...

'eem...next time hope lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan, sbb klu x betul org akan pandang serong terhadap ndividu tersebut. kes runner mengunakan nama budak majlis memang banyak berlaku. cakap ngan owner kononnya budak majlis mintak la, itu la, ini la. padahal dia yang nak sembelih owner. So lepas awak cakap Z mintak2, sy terus tanya dia n kes tu yang terjadi. kalo awak nak tau kami ni juruteknik xde kuasa meluluskan n banyak lagi peg atasan kami yg lebih ada kuasa so atas dasar apa nak mintak2 tu? Bukan senang nak mintak duit org ni dik ooi...so far husband akak tu tau halal haramnya..tq'

Heh...msg die wat aku nak gelak besar...btul ke die tau husband die kenal halal haram?? Masalahnye, memang die ada dpt direct dr bos aku...halal ke duit tu?? Helo kak....akak xrase ke macam gaji laki akak terlebih dr ape yang sepatutnye die dpt? Ke ayat just nak tutup kesalahan laki kau? Hahaha..ingat aku ni xtau papeke...rentak laki ko aku da bace lame...2 tahun aku keje...rentak laki ko memang aku peratikan je. Kalo ko bini die xtau...mmgla ko pompuan yang xd sense.

Dan arini...aku dapat tau yang Pn S adalah wife si Z. Hahahaha...rupenye aku mengumpat laki die depan2 bini de...patutla bini die diam. Emm..patutla attitude pn  sama...

Mulanya, aku rasa bersalah gak mengumpat n kantoi..Tapi, aku harap, kes ni bagi kesedaran kat si Z. Yang haram tetap haram. Janganla nak putar belit alam. Allah maha mengetahui. Aku xpaham orang yang makan duit haram tanpa rasa berdosa ni. Dan, bukan si Z ni je...ade ramai lagi yang berperangai macam ni. dengan developer aku dengar cite lagi best. bayaran per minit punya consultancy...perghh...Insaf-insafla...

Corruption...dah berakar umbi dalam government. Ini salah satu kes...tapi xde sesiapa yan berani bawak ketengah. client takut bisnes die kene sabotaj, consultant takut xdpt projek...so sume ikut rentak government servant yang macamni... Aku? hahaha..aku boleh bawak ketengah. Tapi aku terpaksa tarik sekali client, bos aku n arkitek tu sebagai bukti kes. Kalo aku boleh move sorang, aku da perang si Z ni. Tapi aku xbleh. Aku terlalu kecik untuk perang ngan Z. Bukan setakat Z masalanya, ramai lagi berperangai macam Z.

Aku salute sume yang wat kerja dengan bersih dan ikhlas. Wujud tau government servant yang macamni. Tapi..dalam 100..mungkin ada 10 orang...

Kakitangan Awam...ingatla semula semangat korang masa isi SPA tu...kegembiraan korang masa dapat tawaran dan tekad korang masa hari pertama melangkah masuk government. Aku yakin, korang xd objektf untuk terima rasuah. Tapi kenapela bile dah lame keje...wat bende2 mcmni? Rezeki Allah tu cukup..sikit wat cara sikit. Banyak wat cara banyak. Xperlu cari jalan singkat untuk kaya. Xmerana kat dunia, akhirat merana. Yang mana bapak2 orang tu, ngan ahli keluarga kau sekali kau heret. Attitude ni..wat aku rase hopeless ngan government servant n wat aku rase xberminat langsung nak join government...

Panjang gile eh...gile hebatla kalo korang berjaya baca sampai habis. Harap kisah ni jadi tauladan kepada pembaca-pembaca sekalian. Kepada si Z...semoga Allah bagi cahaya petunjuk kat dia n ampunkan dosa2 dia...Amin... 

Wednesday, August 8, 2012

Pemborong Marshmallow Comel Area Klang Valley; Any Suggestion?

Haha..macammana tajuk, itulah yang aku maksudkan. Sedang mencari pemborong marshmallow comel kt area Klang/Shah Alam...or Lembah Klang pon still ok.....Ade suggestion x? Kedai yang aku pegi kat NSK Taman Sentosa tu sekilo RM8.50..tu pon ade marshmallow spiral tu je...Huhu..ke tu pon da kire murah? Tulunnnnn sayeeee yeaaa!!! (Hehe..nak masukkan lam goodies bag n bunga giant!)

P/s: Owhh...xsempat mengupdate everything...huhu..sorry guys....time running fast! Aku berjanji after wedding aku akan review sedetail mungkin..30 days to go...bridezilla tahap 7 (sume ade 10 tahap..haha)