Let's Exchange d Link!

Click me please...

Thursday, June 27, 2013

Kamu Sedang Mendidik 'Imam Syafie' ATAU 'Abu Jahal'?

Assalmualaikum wbt pembaca-pembaca sekalian...

Omakaihhhh...Tajuk dakwah? Aku ke yang berdakwah? Masih cetek ilmu ni untuk aku berdakwah, tapi mungkin cebisan kata dan rasa ni dapat menjadi secebis panduan untuk kitakita sebagai ibubapa atau bakal ibubapa (Nope..I am not pregnant yet..sume orang akan mahu jadi ibubapa bukan? Jangan salah faham yek..hehe)

Last wednesday, dengar ceramah Reset Minda Prof Muhaya... (sesejak da ade Maya HD...mlm2 bosan xd cite best kat Maya HD selalu letak ceramah Prof Muhaya xpon Ustaz Kazim. Bagusla jugak untuk si jahil macam aku menambah makanan rohani)

Tertarik dengan satu statement Prof, adakah anda sebenarnya sedang mendidik Abu Jahal di rumah anda? Sepatutnya anda mendidik Imam Syafie. Jika Abu Jahal yang anda didik, bila si 'Abu Jahal' mendatangkan masalah kemudian hari, baru nak panggil anak jahatlah, anak derhakalah..waktu tu dah terlalu lambat. Melentur buluh biar dari rebungnya (ni aku tambah..haha).

Hmm...kebetulan pulak, aku baru terbaca komen kawan aku, di status kawannya:-

Status A: 'Mengatekan yang dia dapat tahu dia pregnant (Alhamdulillah untuk beliau)
(kawan aku) B : bagusla! Nanti boleh suruh anak aku pukul-pukul anak kau! Ko tahu, haritu masa aku balik, ade baby cousin aku, aku suruh die pukul budak tu, die ikut! die cubit2, tampar, tendang2..ganas x anak aku? hahahaha


(For readers information, her baby around 1-2 years.) 

Maka bila dengar kata-kata Prof tu, terus aku ter'relate'kan dengan komen kawan aku tu. Mungkin anaknya baru sebesar 2 tahun. Budak 2 tahun, apa dia buat, semua nampak comel...betul? But what if at 6 years, he still in that behaviour? in 16 years? in 36 years? (mungkin mase ni die xpukul orang, but he might grown up as person yang tak tahu how to respect other people..get it?

Siapa anak kita di masa hadapan, kita yang menentukannya hari ini. Dari umur seawal 1 tahun, minda anak tersebut dah mula terbentuk. minda yang terbentuk akan membentuk attitude. Bila dah jadi attitude, mungkin susah nak diubah melainkan ada kesedaran dan keinsafan dalam diri sendiri. Anda rasa mungkin dah salah mendidik anak selama ni? Prof kata, belum terlambat. Minta ampun pada Allah, pada suami/isteri dan pada anak itu sendiri. Mulakan cara didikan yang betul secepat mungkin.

Kalau kamu mendidik Abu Jahal, jangan ditanya kalau tua-tua nanti dia berkurang ajar dengan kamu. Tidak mampu menjaga kamu. Melebih-lebihkan isterinya dari kamu. Nauzubillah...
Semoga kita juga menjadi 'Imam Syafie' terhadap ibubapa dan mertua kita.

Sekian tazkirah Jumaat... Yang baikbaik datang daripada Allah, yang buruk dari saya sendiri...

5 comments:

Diyana said...

like post ni... hee~
sama2 kita amek pengajaran....

xuelia said...

he..tula..xd anak lagi..ade anak nnt boleh apply...

Nursaila Norman said...

mcm biras saya,dia pernah ajar anak buah dia mengutuk perempuan gemuk..padahal diri sendiri pun sama..saya terdetik,mcm mana dia didik anak dia esok..nauzubillah.

doakan supaya kita semua mendidik Imam Syafie di rumah, amin :)

xuelia said...

tulah kan...kadang2, kite ajar kanak2 buat bende yang xsepatutnye, just because we thought they look cute to do that. Tapi sbnrnye itu yang akan membentuk kanak2 tu kemudian hari...

Unknown said...

Hello!
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Post a Comment